Kuala Lumpur: Pelakon, Siti Elizad berkata dia tidak pernah meletakkan sebarang harapan atau sasaran untuk memenangi trofi dalam mana-mana majlis anugerah sepanjang lebih dua dekad terbabit dalam lakonan.
Menurut Siti Elizad, tercalon buat julung kalinya dalam senarai Top 5, kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik menerusi drama Detik Waktu (TV Okey) pada Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026) juga sudah cukup bermakna buat karier seninya.
Dalam kategori itu, Siti Elizad bersaing sengit dengan barisan calon Top 5 lain seperti Mimi Lana (Andai Tiada Dia) , Nad Zainal (Dosa Tak Terampun), Nora Danish (Bakal Menantu Hajah Noraini) dan Sharifah Sakinah (Curang Tanpa Niat).
Siti Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 42, berkata, dia juga tidak menyangka akan tersenarai dalam kategori berkenaan.









