WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan akan memberi ganjaran kepada individu yang mendedahkan penipuan.
Inisiatif di bawah program kerajaan AS itu dilancarkan semasa pengumuman pemberian insentif wang kepada seorang pempengaruh konservatif dalam talian.
Ketika berucap di Pejabat Oval, Rumah Putih, Trump berkata Program Insentif Pemberi Maklumat Penipuan yang baharu akan menawarkan komisen satu peratus tanpa had kepada individu berdasarkan nilai penipuan yang dilaporkan.
Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman menerangkan program itu secara berbeza dengan menyatakan ganjaran antara AS$10,000 hingga AS$30,000 (RM40,814 hingga RM122,442) akan diberikan bagi maklumat yang membawa kepada pertuduhan jenayah.








