BANGI: Pelantikan Menteri Besar baharu Negeri Sembilan boleh dipertimbangkan jika ia boleh menyelesaikan kemelut membabitkan kerajaan Negeri Sembilan dengan institusi diraja.

Peguam, Liyana Marzuki, berkata ia berikutan isu itu sudah berlarutan dan setakat ini tiada penyelesaian.

"Pelantikan Menteri Besar baharu juga boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat keperluan dengan mengambil kira bahawa Barisan Nasional (BN) masih menjadi parti yang memerintah negeri itu selepas memperoleh mandat rakyat dalam PRN pada Ogos lalu.

"Jika hubungan (antara Menteri Besar dengan institusi diraja) sudah tidak mempunyai keserasian, kita berharap BN dapat mempertimbangkan calon lain.