Kuala Lumpur: Guru didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas enam pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap tiga kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, sejak Julai lalu.
Tertuduh, MD Sebastian, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Ilmami Ahmad.
Mengikut empat pertuduhan, guru sekolah rendah yang juga guru tuisyen itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga murid lelaki berusia 11 tahun di sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Jalan Puchong, di sini, antara Julai hingga September lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.










