Istanbul: Penyelidik Amerika Syarikat (AS) membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) yang boleh meramalkan kebarangkalian hidup pesakit kanser berdasarkan sekeping gambar wajah, menurut kajian yang diterbitkan pada Isnin dalam jurnal The Lancet Digital Health, lapor Anadolu Ajansi.

Dibangunkan oleh penyelidik di Mass General Brigham, Massachusetts, AS, sistem yang dikenali sebagai FAHR-Face itu menganalisis ciri-ciri wajah untuk menganggarkan usia biologi dan risiko kematian, sekali gus berpotensi membantu doktor membuat keputusan rawatan.

Model itu dilatih menggunakan lebih 40 juta gambar wajah dan disesuaikan menjadi dua alat, iaitu FAHR-FaceAge, yang menganggarkan usia biologi dan FAHR-FaceSurvival, yang meramalkan kebarangkalian hidup pesakit kanser secara langsung berdasarkan imej wajah tanpa bergantung pada anggaran usia.