Kuala Lumpur: Seramai 76 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pelayan ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di Jalan Metro Perdana Barat 8, Kepong, di sini, hari ini.
Turut ditahan seorang lelaki tempatan dalam Op Noda yang dijalankan Polis Kuala Lumpur, menjadikan keseluruhan 77 individu berusia antara 19 hingga 45 tahun ditahan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, pemeriksaan mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa lesen hiburan atau sebarang kelulusan daripada pihak berkuasa.
"Semua wanita warga asing yang ditahan disyaki berperanan sebagai pelayan di pusat hiburan itu.









