KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,868 tangkapan dibuat berhubung kes pemalsuan dan salah guna kad pengenalan di seluruh negara antara 2022 hingga September lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata tangkapan itu dibuat melalui 4,147 operasi penguatkuasaan sepanjang tempoh berkenaan.
Selain itu, beliau berkata, 577 kes sudah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan berkaitan dokumen pengenalan diri.
"Jumlah itu merangkumi 128 kes pendakwaan khusus bagi kesalahan menggunakan kad pengenalan milik orang lain, manakala 449 lagi kes pemalsuan kad pengenalan," katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.








