PETALING JAYA: Sebanyak 4,147 operasi berkaitan pemalsuan dan salah guna kad pengenalan dilaksanakan di seluruh negara bagi tempoh 2022 hingga September lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,868 tangkapan dilakukannya menerusi operasi penguatkuasaan membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan agensi lain.
Selain itu katanya, 577 kes telah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan berkaitan dokumen pengenalan diri.
“Jumlah tersebut merangkumi 128 kes pendakwaan khusus bagi kesalahan menggunakan kad pengenalan milik orang lain manakala 449 melibatkan kes pemalsuan kad pengenalan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.









