KUANTAN – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah hotel di daerah Rompin, Jun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Sarih Naqiuden Sarih Md Sukri, 20, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah hotel di daerah Rompin, antara pukul 6 petang, 23 Jun hingga 5 pagi, 24 Jun lalu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Fadzli Mohd Ramly.