Kuala Lumpur: "Saya rasa bukan tangan ghaib, tetapi tangan yang nampak terang," kata Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) mengenai dakwaan wujud campur tangan pihak tertentu dalam krisis adat Negeri Sembilan.
Beliau berkata, perkembangan politik di negeri itu menimbulkan persoalan mengenai pematuhan terhadap prinsip demokrasi dan Perlembagaan, terutama dalam pembentukan kerajaan negeri.
"Apa yang berlaku di Negeri Sembilan amat membimbangkan. Kita menyaksikan bagaimana kerajaan negeri dibentuk melalui parti yang dipilih dalam pilihan raya.
"Parti berkenaan setuju tubuhkan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), kemudian saya difahamkan UMNO yang berada dalam BN tidak lagi mahu bekerjasama dengan PN.









