KUCHING: Spekulasi mengenai kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan dalam masa terdekat kini semakin hangat susulan khabar angin bahawa Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, akan membuat pengumuman pada Jumaat ini.

Terdapat juga spekulasi bahawa pengumuman berkenaan mungkin dibuat hari ini sempena hari terakhir Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kelima DUN Sarawak Ke-19.

Bagaimanapun, keputusan membubarkan DUN bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 terletak bawah prerogatif Premier Sarawak.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata PRN berkemungkinan diadakan pada Disember depan, dengan 12 atau 19 Disember antara tarikh yang dilihat sesuai.