KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026 melonjak 26 peratus kepada RM342.55 juta daripada RM271.10 juta pada suku sama tahun lalu.

Prestasi itu didorong keuntungan kasar lebih tinggi susulan peningkatan hasil.

Westports dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pendapatannya turut meningkat 42 peratus kepada RM1.06 bilion pada suku berkenaan berbanding RM751.99 juta sebelumnya.

"Pada suku ketiga 2026, kumpulan merekodkan hasil operasi sebanyak RM798 juta, meningkat 20 peratus berbanding suku ketiga 2025.