ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki menyalahguna kedudukan untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan berjumlah kira-kira RM30,000 sempena kejohanan sukan bertaraf antarabangsa di sebuah pulau di negeri ini.Suspek wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang Ahad ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Langkawi.Siasatan awal mendapati suspek disyaki mencadangkan dua syarikat sama milik seorang individu yang dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan pada 2023.Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Kes disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Penjawat awam ditahan, disyaki salah guna kuasa bekal barangan RM30,000

Key takeaways
Seorang penjawat awam ditahan oleh SPRM Kedah kerana disyaki menyalahguna kuasa membekalkan barangan bernilai RM30,000.
- Suspek ditahan semasa memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Langkawi.
- Dua syarikat sama milik individu yang dipercayai mempunyai kepentingan dalam kes ini.
- Pengarah SPRM Kedah mengesahkan penahanan tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Penjawat awam direman bantu siasatan salah guna kedudukan
- Sinar Harian Penjawat awam ditahan, disyaki salah guna kuasa bekal barangan RM30,000 (this story)








