KUALA LUMPUR - Sebanyak 23 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan Kota Tinggi, Johor merekodkan bacaan tertinggi 170.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan di Johor turut mencatat IPU tidak sihat, iaitu Pasir Gudang (169), Pengerang (164), Larkin (159), Tangkak (155) serta Batu Pahat dan Kluang masing-masing mencatatkan IPU 152.Di Pahang, Balok Baru Kuantan merekodkan bacaan IPU 162, Rompin 157, Indera Mahkota 130 dan Cheras di Kuala Lumpur melaporkan bacaan 127.Kawasan lain dengan IPU tidak sihat ialah Kemaman (156), Paka (155), Kuala Terengganu di Terengganu (151), manakala di Melaka ialah Bukit Rambai (154), Bandaraya Melaka (117) dan Alor Gajah (107).Sementara itu, di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Seremban (166), Nilai (164), Port Dickson (152); manakala Putrajaya merekodkan IPU 151; Selangor di Johan Setia (123) dan Sarawak di kawasan IPD Serian (116).Sebanyak 42 kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.- Bernama
Jerebu: 23 kawasan catat IPU tidak sihat

Key takeaways
23 kawasan di Malaysia mencatat IPU tidak sihat, dengan Kota Tinggi, Johor mencatatkan bacaan tertinggi 170.
- Johor mempunyai enam kawasan dengan IPU tidak sihat, termasuk Pasir Gudang dan Pengerang.
- Pahang dan Terengganu juga mencatatkan kawasan dengan IPU tidak sihat.
- Sebanyak 42 kawasan mempunyai IPU pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan pada tahap baik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM) , Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Pahat tertinggi
- Harian Metro Jerebu: 35 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
- Malaysiakini (BM) Jerebu makin membimbangkan, 38 kawasan catat IPU tidak sihat
- Malaysiakini (BM) 15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Sinar Harian Jerebu: 23 kawasan catat IPU tidak sihat (this story)








