Kuala Lumpur : Walaupun sudah terbiasa membuat 'kerja gila' semasa mengiringi persembahan penyanyi, pengarah muzik terkenal, Datuk Mokhzani Ismail, 64, menyifatkan bakat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sangat luar biasa.

Mokhzani berkongsi coretan pengalamannya ketika mengiringi persembahan Siti yang menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa pada majlis resepsi, Bella Astillah dan Syed Saddiq, malam Ahad lalu.

"Saya selalu mengiringi penyanyi secara 'ad hoc' yang datang petik lagu dan saya terus jalan. Itu kerja gila saya buat selalu. Tetapi bakat ini sangat luar biasa. Beliau tidak datang latihan sebagaimana penyanyi lain.

Rozi mesej saya, dia kata Datuk Siti akan datang malam terus dan nyanyi. Kita siapkan skor ikut format biasa. Yang menjadi agak sukar, jarak stage umpama kira lebih 20 km (kilometer), hahahaha. Susah nak angguk-angguk, jeling-jeling.