PETALING JAYA – Kucing oren berbulu panjang yang tular kerana gemar mencuri selipar, akhirnya ditemukan orang awam selepas dilaporkan hilang beberapa hari.
Bagaimanapun, individu berkenaan memaklumkan kucing berkenaan dipercayai menjadi mangsa langgar sehingga tidak mampu bangun, sebelum di bawa ke klinik haiwan.
Perkembangan terbaharu itu dikongsikan pengguna media sosial, @Vivi_nurfadila yang menemui Yeyen pada empat hari lalu, di tepi jalan raya.
Wanita itu kemudian menghubungi pemiliknya, Noraini Darus, hari ini apabila kisah kehilangan Yeyen Selipar dikongsikan netizen sebelum pemiliknya itu dilihat menangis sebaik mengetahui ia adalah kucing yang dicari.









