SEREMBAN – Jabatan Penerangan (Japen) negeri ini menafikan mengeluarkan poster Majlis Menghadap Sembah Takzim yang memaparkan penggunaan logo jabatan itu tanpa kebenaran.
Japen Negeri Sembilan dalam kenyataannya memaklumkan, poster yang tular itu tidak dikeluarkan atau diterbitkan oleh pihaknya.
Poster itu turut memaparkan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dijadual menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12, Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menganggap poster tersebut sebagai he









