KUALA LUMPUR – Lebih seminggu sejak mereka bergelar suami isteri yang sah, pelakon dan penyanyi Bella Astillah membuat pendedahan lucu bahawa tidak susah untuk menjaga suaminya, Syed Saddiq.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, dia kini sudah berpindah ke rumah suaminya, dan sudah mula menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu.

“Saya masih menyesuaikan diri sebab sejak berkahwin saya pindah ke rumah suami. Jadi saya perlu mulakan rutin yang baru berempat.

“YB seorang yang sangat ringkas. Biasanya kalau untuk sarapan pagi, orang akan minta nasi lemak atau sebagainya, tetapi dia hanya perlukan nestum (bijiran segera berkhasiat) sahaja.