PETALING JAYA – “Ada yang cadang dibuka tabung sumbangan bagi membantu saya menjelaskan ganti rugi dan kos berjumlah RM300,000 ini. Namun, izinkan saya berusaha sendiri dahulu.”

Itu luahan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang membuka bidaan bagi dua aset kesayangannya, motosikal Honda X-ADV dan ternakan ikan tilapia, bagi membantu menjelaskan ganti rugi serta kos berjumlah RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Menerusi hantaran di media sosial, beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan kewangannya yang masih belum mencukupi untuk melunaskan jumlah