Kolam ternakan menempatkan ikan tilapia diusahakan Dr Akmal Saleh yang dibuka untuk bidaan bagi mengumpul dana membayar saman Teresa Kok. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh membuka bidaan untuk dua aset kesayangannya, motosikal Honda X-ADV dan ikan tilapia ternakannya, bagi mengumpul wang membayar ganti rugi serta kos mahkamah berjumlah RM300,000.

Akmal berkata beliau mengambil keputusan itu selepas mendapati simpanannya masih tidak mencukupi menjelaskan jumlah ditetapkan Mahkamah Tinggi Melaka yang memerintahannya membayar RM250,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan pemimpin DAP itu.

“Dengan berat hati, saya membuka bidaan untuk dua aset kesayangan saya, motosikal Honda X-ADV dan ikan tilapia ternakan saya,” katanya di Facebook.