Mahkamah Rayuan dapati polis langgar hak perlembagaan empat bekas pemegang jawatan Majlis Peguam tetapi kekalkan keputusan tolak tuntutan tahanan salah oleh polis.PUTRAJAYA: Badan Peguam dan empat bekas pemegang jawatan Majlis Peguam diberi ganti rugi berjumlah RM59,449 selepas Mahkamah Rayuan mendapati polis melanggar hak perlembagaan mereka dengan mengenakan sekatan yang menyalahi undang-undang terhadap perarakan kebebasan kehakiman pada 2022.
Dalam membenarkan sebahagian rayuan Majlis Peguam, panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Choo Kah Sing memberikan ganti rugi khas sebanyak RM19,449 kepada Majlis Peguam, dan RM10,000 setiap seorang kepada bekas pemegang jawatan Karen Cheah, Ezri Abdul Wahab, B Anand Raj dan Murshidah Mustafa.







