KUALA LUMPUR: Pelakon,Ruhainies menegaskan tindakannya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa memfitnah dirinya bukan bertujuan mengungkit semula isu, sebaliknya bagi mempertahankan hak dan maruah diri.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, berkata, dia tidak seharusnya menangguhkan tindakan hanya kerana perlu mengambil kira masa atau komitmen pihak lain.

Menurutnya, tindakan perlu diambil dalam tempoh munasabah memandangkan dakwaan berkenaan masih hangat diperkatakan dan memberi kesan terhadap dirinya.

“Saya ada nampak di Threads, orang kata saya sengaja membangkitkan isu. Isu fitnah ini timbul, takkan saya perlu tunggu garis masa orang lain pula hanya kerana individu itu mempunyai se