KUALA LUMPUR: Seramai 22,849 bakat sudah dilatih melalui pelbagai program pembangunan bakat dilaksanakan institusi pendidikan tinggi dan penyedia latihan teknikal di bawah Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) hingga suku ketiga 2026.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata jumlah itu menunjukkan kemajuan ke arah sasaran 60,000 bakat semikonduktor di bawah strategi berkenaan.

Beliau berkata, usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan bekalan bakat bukan hanya mencukupi dari segi bilangan, tetapi turut memenuhi keperluan kemahiran dan kepakaran industri semikonduktor semakin kompleks.

Hingga kini, katanya, data pecahan penempatan mengikut subsektor dan kadar pengekalan bakat belum dapat diperincikan sepenuhnya.