MASIH mampu bekerja, aktif menjalani rutin harian dan tidak pernah mengalami sakit dada bukan bermakna seseorang itu bebas daripada risiko penyakit jantung.

Hakikatnya, masalah kardiovaskular boleh berkembang secara senyap selama bertahun-tahun sebelum akhirnya mencetuskan komplikasi serius.

Pakar Runding Kardiologi, Pusat Perubatan Pakar Sri Kota, Dr GS Sridhar, berkata ada yang hanya mengetahui mereka berisiko selepas mengalami serangan jantung atau menerusi pemeriksaan kesihatan.

"Penyakit jantung ibarat bom jangka. Ia boleh berkembang secara senyap tanpa menjejaskan rutin harian seseorang.