Kuantan: Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh dihukum penjara lapan bulan selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini atas 46 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM69,600.
Hakim Mahkamah Sesyen Sazlina Safie berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan terhadap Mohd Azhar Mohd Yusoff, 56, di akhir kes pembelaan.
"Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung kesemua 46 pertuduhan," katanya.
Azhar mengaku tidak bersalah pada 7 September 2023 atas 46 pertuduhan menerima rasuah antara tahun 2019 dan 2023.








