PETALING JAYA: Rapid KL akan melaksanakan projek rintis perkhidmatan van perantara dengan tambang RM1 bagi setiap perjalanan bermula 24 Oktober ini tanpa memerlukan pengguna membuat tempahan menerusi aplikasi Rapid On-Demand.
Projek rintis selama tiga bulan itu akan menggunakan model perkhidmatan berasaskan laluan dan jadual tetap bagi memperkukuh ketersambungan pengangkutan awam, khususnya akses pengguna ke stesen rel berhampiran.
Rapid KL berkata, fasa pertama pelaksanaan projek itu melibatkan dua laluan Rapid KL On-Demand (ROD) iaitu T400B dari Bandar Tun Razak ke Taman Midah dan T512B dari Presint 11 ke Stesen Putrajaya









