KUALA LUMPUR: Empat daripada tujuh syarikat menghasilkan Arm Compute Subsystem (CSS) diberikan token yang mampu menjimatkan tempoh pembangunan hingga dua tahun dan mempercepat pembangunan harta intelek (IP) tempatan.
Ia membabitkan syarikat Xenith Technology (Malaysia) Sdn Bhd yang menghasilkan cip berkaitan automotif diikuti Oppstar Technology Sdn Bhd (cip untuk pelayan mini) serta SkyeChip Sdn Bhd dan GreatAsic Technology Sdn Bhd, masing-masing cip bagi pusat data.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata token itu diberikan kepada syarikat mahu menjalankan reka bentuk litar bersepadu (IC) dan membangunkan pengaturcaraan bagi menghasilkan cip sendiri.









