Hadi Awang mengingatkan Anwar Ibrahim penasihat yang tidak berani menegur pemimpin boleh membawa kerosakan kepada negara.KUALA LUMPUR: Hadi Awang (PAS-Marang) mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim memilih penasihat yang berani menegur kesilapan, bukannya pengampu hanya mementingkan diri sendiri.
Presiden PAS berkata, penasihat yang baik perlu mengingatkan pemimpin apabila tersilap dan membantu apabila pemimpin mahu melakukan perkara yang betul.
“Kalau pemimpin itu lupa diperingatkan, kalau dia (penasihat) ingat, dia diberi pertolongan (kepada perdana menteri),” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.
Beliau memberi amaran penasihat yang tidak berani menegur pemimpin boleh membawa kerosakan kepada negara.






