MARANG – Seorang lelaki warga Indonesia yang merupakan pendatang asing tanpa izi (PATI) mengaku bersalah atas pertuduhan melarikan diri daripada Depot Tahanan Imigresen Ajil, Hulu Terengganu pada minggu lalu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Alihuddin, 42 , yang sebelum ini ditahan di depoh tahanan itu bagi kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Athirah Hashim.

Berdasarkan pertuduhan, Alihuddin didakwa melarikan diri daripada jagaan Depot Imigresen Ajil, pada pukul 5 petang, 15 Oktober la