Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata kapasiti keseluruhan depot imigresen adalah kira-kira 20,000 orang, namun kemasukan individu yang ditahan menerusi operasi berterusan menyebabkan kemudahan berkenaan berdepan kesesakan. (Gambar Bernama)MACHANG: Depot imigresen negara berdepan tekanan kapasiti susulan operasi penguatkuasaan terhadap pendatang tanpa izin yang dilaksanakan setiap hari, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata kapasiti keseluruhan depot imigresen adalah kira-kira 20,000 orang, namun kemasukan individu yang ditahan menerusi operasi berterusan menyebabkan kemudahan berkenaan berdepan kesesakan.
“Hasil operasi berterusan itu, Jabatan Imigresen membangunkan pemetaan kawasan tumpuan warga asing berdasarkan pengumpulan dan analisis data bagi mengenal pasti lokasi mereka tinggal, menginap atau berkumpul.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F01%2F8e6664ee8c79d2f931d8b993fa11ffeb.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)