PETALING JAYA – Kegiatan sindiket yang menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi bagi membekalkan khidmat pelacuran kepada pelanggan di Singapura terbongkar menerusi Op Noda-Rentas Sempadan, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Singapura (SPF).

“Modus operandi sindiket yang dipercayai mula bergiat aktif menjalankan aktiviti pelacuran sejak 2024 di Singapura ini dikesan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi bagi menguruskan laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan pelacur kepada pelanggan di Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi tersebut membawa kepada penahanan 30 individu terdiri daripada seorang warga tempatan dan 29 warga asing, menerusi beberapa