JITRA – Kehilangan seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit nyanyuk di Kodiang, dekat sini sejak Ahad lalu masih belum terjawab apabila operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketiga hari ini.

Razaiyah Hassan, 74, yang turut menghidap darah tinggi dilaporkan hilang selepas didakwa keluar dari rumahnya di Jalan Changlun, Kodiang tanpa pengetahuan ahli keluarga.

Seorang penduduk kampung mendakwa melihat warga emas itu berjalan kaki menuju ke kebun getah di hujung kampung.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, operasi SAR disambung semula pada pukul 9 pagi ta