PASIR MAS – Seorang buruh dipenjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang anggota polis menggunakan sebilah parang pada minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Syahid Che Mat, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas Koperal Mohd. Afiq Amran, 37, dengan menggunakan senjata berbahaya iaitu sebilah parang.

Perbuatan itu dilakukan di tepi jalan Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah dekat sini kira-kira pukul 1.35 tengah hari pada 17 Oktober 2026.