(TERKINI) PARLIMEN: Akta Jerebu Rentas Sempadan boleh digubal, cabaran pembuktian perlu diatasi

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menggubal Akta Jerebu Rentas Sempadan, namun cabaran mendapatkan bukti bagi mengenal pasti punca pencemaran dan pihak yang bertanggungjawab perlu ditangani bagi memastikan tindakan undang-undang dapat dilaksanakan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata proses berkenaan memerlukan maklumat terperinci termasuk lokasi dan koordinat kawasan kebakaran, pemilikan tanah serta pihak yang bertanggungjawab terhadap pencemaran jerebu rentas sempadan.

"Kalau kita nak lakukan, sebenarnya itu semua dalam ruang lingkup kuasa perundangan di bawah kerajaan dan juga diluluskan di peringkat Dewan ini.