KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan sudah melakukan segala usaha yang termampu bagi menangani isu jerebu rentas sempadan yang kembali memburuk di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak pernah berlembut dengan Indonesia berhubung isu jerebu yang sedang melanda negara.
“Kita sudah buat sedaya mungkin mengatasi perkara ini,” katanya mengulas kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan Malaysia mengambil pendekatan terlalu berlembut dalam berurusan dengan Indonesia berhubung isu berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Projek Residensi Siswa Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.










