BUNGA bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan untuk menceriakan ruang, malah terdapat beberapa jenis bunga yang boleh digunakan sebagai bahan minuman herba.

Sejak dahulu lagi, bunga tertentu telah digunakan dalam penyediaan teh dan minuman tradisional kerana mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri serta mengandungi pelbagai sebatian semula jadi.

Namun, tidak semua bunga sesuai untuk dimakan atau diminum. Oleh itu, kenali jenis bunga dan cara penyediaannya sebelum dijadikan minuman.

Antara bunga yang sering digunakan dalam penyediaan minuman herba ialah bunga kamomil.