KUALA LUMPUR - Individu yang menyewa atau menyerahkan MyKad mereka kepada pendatang asing boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda hingga RM20,000 atau kedua-duanya.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, tindakan itu mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (PPN) 1990 bagi mengekang pencerobohan identiti warganegara oleh pendatang asing."Kerajaan memandang serius isu ini dan penguatkuasaan bukan semata-mata untuk mengambil tindakan selepas kesalahan berlaku, tetapi berperanan mencegah dan mengesan lebih awal tahap penyalahgunaan identiti," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.Shamsul Anuar menjawab soalan tambahan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) mengenai isu segelintir rakyat tempatan menyewakan MyKad kepada pendatang asing dengan kadar upah hanya RM100 untuk bekerja di kilang.Mohamad Shafizan turut membangkitkan isu penahanan 36 pendatang asing bekerja di kilang di Pasir Gudang, Johor menerusi Ops Jejak 1.0 semalam kerana menggunakan MyKad palsu dan MyKad milik orang lain.Mengenai operasi itu, Shamsul Anuar berkata, ia menunjukkan kepentingan tindakan penguatkuasaan bersepadu oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama-sama Jabatan Imigresen (JIM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK)."Operasi ini turut menumpukan kepada kemungkinan penglibatan pemilik kad pengenalan asal yang disyaki menyewa atau menyerahkan dokumen mereka kepada pendatang asing untuk tujuan pekerjaan," katanya.Mengenai pencapaian penguatkuasaan, Shamsul Anuar berkata JPN melaksanakan 4,174 operasi di seluruh negara bagi tempoh 2022 hingga September lepas dengan 1,868 tangkapan direkodkan.Beliau berkata sebanyak 577 pendakwaan dilaksanakan mengikut Peraturan 25(1)(e) PPN 1990, melibatkan 449 kes penggunaan MyKad palsu dan 128 kes penggunaan MyKad milik individu lain. - Bernama
Penjara tiga tahun, denda RM2,000 jika sewa atau serah MyKad kepada pendatang asing

Key points
- KUALA LUMPUR - Individu yang menyewa atau menyerahkan MyKad mereka kepada pendatang asing boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda hingga RM20,000 atau kedua-duanya.
- Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, tindakan itu mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (PPN) 1990 bagi mengekang pencerobohan identiti warganegara oleh pendatang asing.
- Shamsul Anuar menjawab soalan tambahan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) mengenai isu segelintir rakyat tempatan menyewakan MyKad kepada pendatang asing dengan kadar upah hanya RM100 untuk bekerja di kilang.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Tiga lelaki curi cip RM2 juta dihukum denda RM7,000
- Sinar Harian Penjara tiga tahun, denda RM2,000 jika sewa atau serah MyKad kepada pendatang asing (this story)









