KUANTAN – “Saya tidak nafikan media kadangkala mengusik kerajaan negeri tetapi anggapan saya cuma ia nak bagi geli-geli, saya sikit pun tidak berasa hati.”
Demikian respons Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekali gus menunjukkan sikap profesional kerajaan negeri yang sentiasa terbuka menerima teguran dalam usaha memastikan kebajikan rakyat di negeri itu sentiasa menjadi keutamaan.
Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri sentiasa menerima pandangan dan teguran yang membina bagi memastikan masyarakat di negeri ini sentiasa terbela dan pembangunan negeri dapat dilaksanakan d








