PETALING JAYA: Demi memastikan mampu menghidupkan watak Sultan Melaka dalam pementasan epik Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026, pelakon Luqman Hafidz sanggup mengetepikan aktiviti sukan kegemarannya bagi menjaga kecergasan dan kesihatan menjelang tirai dibuka.

Luqman berkata, rutin latihan intensif selama dua bulan lalu yang memerlukan barisan pelakon berada di akademi enam hari seminggu, dari jam 2 petang hingga 10 malam, bukan sesuatu yang membebankan, sebaliknya persediaan penting menghadapi lebih 20 persembahan.

Katanya, jadual padat itu menuntut disiplin tinggi, termasuk mengubah rutin harian dan memastikan tubuh mendapat rehat mencukupi supaya mampu mengekalkan tenaga sepanjang pementasan.