Peshawar, Pakistan: Seramai 32 murid, kebanyakannya berusia bawah 14 tahun, dan seorang guru maut selepas bumbung sebuah sekolah runtuh di Peshawar, barat laut Pakistan, pada Khamis, dengan pihak berkuasa menyalahkan kejadian itu kepada keadaan struktur bangunan yang uzur.

Seramai 20 lagi murid dibawa ke hospital ketika penduduk dan pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan kanak-kanak yang tertimbus di bawah runtuhan. Penduduk di kawasan kejiranan padat itu turut menceritakan detik cemas yang hampir meragut nyawa mereka.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Sohail memberitahu AFP bahawa "semua orang mula menjerit dalam keadaan panik" apabila anak saudaranya yang terselamat daripada kejadian itu pulang ke rumah dan memaklumkan bangunan sekolah berkenaan runtuh.