Kuala Lumpur: Seramai 3,537 daripada 4,417 calon guru simpanan pengambilan 2025 ditawarkan pelantikan sebagai guru.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, angka itu termasuk 114 calon anak Sarawak.

Katanya, pada September lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk melantik seramai 317 calon guru simpanan pelbagai opsyen daripada baki sedia ada.

"Dalam konteks kekosongan guru di Sarawak, terdapat sebanyak 224 kekosongan di sekolah menengah dan 276 di sekolah rendah.