Putrajaya: Sepuluh bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan telah memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan membatalkan pelantikan mereka bulan lepas.
Mereka ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Datuk Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.
Kesemua mereka menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai responden.
Notis usul itu difailkan pada 14 Okt lepas menerusi firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.








