London: Badan Pengawal Selia Bebas Bola Sepak England (IFR) mempunyai kuasa mutlak untuk memaksa pemilik Manchester City menjual kelab itu sekiranya didapati menguruskan pasukan berkenaan secara tidak wajar, kata pengerusinya, David Kogan.
City, yang kini menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL), sebelum ini didapati bersalah oleh suruhanjaya bebas atas lebih 100 pertuduhan melanggar peraturan kewangan liga itu bagi tempoh 2009 hingga 2018.
Kelab itu bagaimanapun mengemukakan rayuan dan menafikan sebarang salah laku, namun berdepan kemungkinan dikenakan hukuman berat sekiranya gagal mengetepikan keputusan berkenaan.
Dimiliki Sheikh Mansour bin Zayed Al-Nahyan, yang juga Naib Presiden dan Timbalan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), City berkembang menjadi kuasa dominan bola sepak England selepas diambil alih pada 2008.






