ALOR SETAR: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang terkena renjatan elektrik bersama dua rakannya ketika menyertai perarakan keagamaan di Mergong, minggu lalu telah meninggal dunia, hari ini.

Mangsa, Khor Zhi Kang yang melecur kira-kira 80 peratus pada badan disahkan meninggal dunia pada pukul 2.52 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

“Mangsa menerima rawatan di HSB sejak 13 Oktober lalu dan selepas seminggu, dia disahkan telah meninggal dunia pada pukul 2.52 pagi tadi,” katanya di sini, hari ini.