SEPANG: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyerahkan kepada mahkamah untuk menjalankan proses perundangan berhubung kes yang dihadapinya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan membiarkan proses perundangan berkenaan berjalan mengikut tatacara sewajarnya.

Mohd Shuhaily turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat daripada pelbagai lapisan yang memberikan sokongan kepadanya, termasuk menerusi doa dan mesej teks.

Menurutnya, sokongan yang diterima itu memberikan kekuatan dan keyakinan kepadanya untuk meneruskan proses berkenaan.