Jakarta: Lebih 9,000 anggota polis Indonesia dikerahkan di ibu negara pada Selasa bagi mengawal bantahan sempena dua tahun Presiden Prabowo Subianto Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka memegang jawatan, susulan tinjauan menunjukkan popularitinya semakin merosot.
Jurucakap polis Jakarta, Budi Hermanto berkata, penuntut daripada sekurang-kurangnya dua universiti mengadakan bantahan di beberapa lokasi di bandar raya itu, sekali gus memerlukan pengerahan kira-kira 9,500 anggota polis.
Badan pelajar Universiti Indonesia berkata, bantahan itu akan membangkitkan isu kebakaran hutan baru-baru ini dan kejatuhan mendadak pasaran saham, bersama-sama kelemahan rupiah, menjadi petanda 'kerapuhan ekonomi negara'.








