FORUM Komuniti (FORKOM) menerusi Program Kita-untuk-Kita (K2K) berperanan sebagai platform yang membawa penduduk perumahan awam bersama, sekali gus memperkukuh semangat kekitaan dan mencari penyelesaian terhadap pelbagai cabaran di komuniti setempat.Pengarah Program K2K, Dr Shahridan Faiez berkata, pendekatan itu merupakan sebahagian daripada usaha membangunkan infrastruktur sosial atau aset sosial yang mampu meningkatkan daya huni penduduk perumahan awam.Menurutnya, K2K yang dilancarkan Perdana Menteri pada April 2023 memberi penekanan kepada usaha memperkasa komuniti supaya penduduk bukan sahaja mempunyai ruang untuk menyuarakan masalah, malah mampu memainkan peranan dalam mencari penyelesaian secara bersama."Dalam K2K, kita membuat pelaburan untuk membentuk empat jenis infrastruktur sosial iaitu platform sosial, ruang sosial baharu, penggerak komuniti dan jaringan sosial."FORKOM merupakan platform yang membawa semua lapisan masyarakat yang tinggal di sini bersama supaya suara mereka dapat didengar dan mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majllis Perasmian Projek Sosial Kolaboratif Media Komuniti Perumahan Awam Seri Kota, Bandar Tun Razak di sini, baru-baru ini.Majlis perasmian disempurnakan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dan turut dihadiri Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Mengulas lanjut, Shahridan berkata, kewujudan FORKOM telah menyaksikan pelbagai program dan aktiviti positif dapat dilaksanakan oleh penduduk sendiri, selain membuka ruang kepada mereka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak.Katanya, dataran Perumahan Awam Seri Kota yang sebelum ini kurang dimanfaatkan kini menjadi antara contoh bagaimana ruang sosial baharu mampu menggalakkan penduduk berinteraksi, berkumpul dan menjalankan aktiviti bersama."Dulu kawasan ini memerlukan banyak perhatian dan warga perumahan awam juga berdepan pelbagai kekangan. Tetapi selepas pembaikpulihan dataran, kita dapat lihat ramai orang datang, berinteraksi dan menjalankan aktiviti."Itulah contoh aset sosial yang kita mahu bina kerana ruang ­fizikal yang baik boleh menjadi pemangkin kepada hubungan sosial yang lebih kukuh," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, K2K turut memberi tumpuan kepada pembentukan penggerak komuniti dengan menyediakan latihan dan pembangunan kapasiti supaya penduduk mempunyai keyakinan untuk memainkan peranan lebih aktif dalam membangunkan kawasan mereka.Menurutnya, jaringan sosial yang terbentuk menerusi FORKOM pula membolehkan komuniti menghubungkan diri dengan agensi kerajaan, pihak swasta dan rakan strategik lain bagi membentuk kerjasama yang memberi manfaat kepada penduduk."Apabila platform komuniti sudah mantap, mereka boleh menghubungkan diri dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan sinergi dan membentuk perkongsian baharu bagi mengukuhkan lagi daya huni penduduk," katanya.Shahridan berkata, hasil kerjasama antara Kementerian Perpaduan, Think City da
FORKOM satukan komuniti, selesaikan isu berbangkit

Key takeaways
FORKOM menggunakan program K2K untuk menyatukan komuniti dan menyelesaikan isu tempatan dengan memperkukuhkan semangat kekitaan.
- Program K2K dilancarkan oleh Perdana Menteri pada April 2023 untuk memperkasa komuniti.
- FORKOM menyediakan platform untuk penduduk menyuarakan masalah dan cari penyelesaian bersama.
- K2K fokus pada empat jenis infrastruktur sosial untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗








