BINTANG sensasi Al Nassr, Cristiano Ronaldo berdepan tindakan tatatertib daripada skuad kebangsaan Portugal, namun hukuman denda kewangan yang dikenakan dilihat langsung tidak memberi kesan kepada akaun bank pemain prolifik itu.Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) mengenakan hukuman penggantungan selama 30 hari serta denda €255 (RM1,166) ke atas kapten Portugal berkenaan.Keputusan itu dibuat selepas Ronaldo didakwa bertindak meninggalkan kem latihan pasukan di Copenhagen menjelang aksi menentang Denmark.Insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara Ronaldo dan ketua jurulatih, Jorge Jesus berhubung peranannya dalam skuad.Bintang berusia 41 tahun itu sebelum ini tidak diturunkan ketika menentang Norway walaupun telah selesai melakukan sesi memanaskan badan, sebelum mengambil keputusan keluar daripada kem latihan.Bagaimanapun, hukuman denda itu disifatkan terlalu kecil jika dibandingkan dengan pendapatan luar biasa penyerang Al Nassr berkenaan yang meraih gaji asas sekitar AS$233 juta setahun di Arab Saudi tanpa mengambil kira tajaan komersial lain.Berdasarkan anggaran gaji tersebut, denda itu hanyalah mewakili sekitar 0.00012 peratus daripada pendapatan tahunannya.Malah, berdasarkan unjuran pendapatan musim 2026-2027, kapten Portugal itu secara teorinya cuma memerlukan kira-kira 30 saat untuk memperoleh jumlah bersamaan denda berkenaan.Mengikut peraturan asal, Ronaldo berisiko dikenakan tempoh penggantungan yang lebih panjang, namun FPF mempertimbangkan faktor pencapaian kariernya serta kesediaan pemain itu mengakui kesilapan sekali gus mengurangkan hukuman kepada 30 hari.Bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu turut dilaporkan telah memohon maaf kepada rakan sepasukan atas tindakannya dan menyatakan komitmen penuh untuk terus berbakti bersama Portugal.
Ronaldo cuma perlukan 30 saat untuk bayar denda Portugal

Key takeaways
Cristiano Ronaldo dihukum denda €255 oleh FPF, tetapi denda itu tidak memberi kesan kepada pendapatannya yang tinggi.
- Ronaldo dihukum 30 hari penggantungan dan denda €255 oleh FPF.
- Denda itu hanya 0.00012 peratus daripada pendapatan tahunan Ronaldo.
- Ronaldo hanya memerlukan 30 saat untuk dapatkan jumlah denda tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Potongan cukai untuk majikan bayar balik PTPTN pekerja
- Utusan Malaysia Sita aset pesalah trafik untuk bayar pampasan
- Sinar Harian Ronaldo cuma perlukan 30 saat untuk bayar denda Portugal (this story)









