SEPANG - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan bertugas seperti biasa sehingga diberitahu sebaliknya.Peguam, Datuk Rosal Azimin Ahmad berkata, bagaimanapun sebarang keputusan akan tertakluk kepada pihak berkaitan termasuk dibawah perkhidmatan awam.ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIAMohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamah"Setakat ini tanpa sebarang arahan dan sebagai penjawat awam, beliau tetap akan bertugas sehinggalah diberitahu sebaliknya," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai prosiding pendakwaan membabitkan Mohd Suhaily di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Terdahulu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di mahkamah atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis pada bulan lalu.Mohd Shuhaily selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani.Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di kaunter terminal 1 KLIA di sini pada jam 1.17 hingga 1.30 tengah hari 28 September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrizat Ismail, Ahmad Sazali Omar, Nor Azizah Aling dan Nur Aqiilah Ahmad Rofaie.Pada 28 September lalu, tular video memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Mohd Shuhaily memarahi seorang individu di KLIA.Susulan itu, pada 1 Oktober lalu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaannya menerima sebarang keputusan atau tindakan.Mengulas mengenai prosiding berkenaan, Rosal berkata mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin RM1,500 bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan RM3,000 dengan seorang penjamin.Beliau berkata, mahkamah menetapkan 25 November depan bagi sebutan semula kes, sementara pihak pembelaan menunggu dokumen berkaitan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.Katanya, pihak pembelaan akan meneliti dokumen berkenaan sebelum membincangkan tindakan selanjutnya, termasuk kemungkinan mengemukakan representasi.