SEPANG: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dijangka terus bertugas seperti biasa sehingga dimaklumkan sebaliknya, susulan pertuduhan terhadapnya di mahkamah hari ini.

Peguamnya, Datuk Rosal Azimin Ahmad berkata, sebarang keputusan berkaitan kedudukan atau tugas Mohd Shuhaily sebagai penjawat awam tertakluk kepada proses pentadbiran yang berkenaan.

“Sebagai penjawat awam, beliau tetap akan bertugas sehinggalah diberitahu sebaliknya,” katanya ketika ditemui selepas prosiding mahkamah di sini, hari ini.

Katanya, perkara berkaitan pentadbiran dan kedudukan Mohd Shuhaily bukan dalam skop pengendaliannya kerana beliau hanya mengendalikan urusan di mahkamah.